SEPANG 17 Mei – Skuad Piala Thomas negara menerima perkhabaran kurang baik apabila pemain beregu lelaki negara, Mohd. Arif Ab. Latif mengalami kecederaan di bahagian mata. Bekas pemain perseorangan negara itu mengakui, mengalami kecederaan di hujung mata kanannya, namun memberi jaminan perkara itu tidak akan menjejaskan permainannya jika diberi peluang beraksi di Bangkok, bermula hujung minggu ini. “Sewaktu bangun pagi ini, saya merasakan sesuatu tidak kena pada mata kanan saya…










