KUALA LUMPUR 22 Mei – Mohamad Sabu hari ini secara rasminya memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan yang baharu setelah diumumkan menjawat portfolio itu kira-kira dua minggu lalu. Beliau tiba di perkarangan Dataran Wisma Pertahanan di sini kira-kira pukul 9.30 pagi dengan menaiki Proton Perdana. Ketibaan Ahli Parlimen Kota Raja itu disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Sejurus tiba, Mohamad yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya