Minta Hishammuddin bertanding Presiden UMNO - Utusan Malaysia

Minta Hishammuddin bertanding Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 21 Mei – Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang meminta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertimbangkan untuk bertanding sebagai Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Maulizan Bujang
MAULIZAN

Maulizan mendakwa, cadangan tersebut adalah pendapat peribadi beliau dan beberapa ketua bahagian.

“Kami telah pun ada kata sepakat walaupun ini pendapat peribadi kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi kami minta sangat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mempertimbangkan supaya bertanding sebagai Presiden UMNO pada pemilihan akan datang,” katanya, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan oleh Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Yang turut hadir, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md. Jais Sarday; Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Samsol Bari Jamali dan semua ketua bahagian serta wakil.

Maulizan berkata, gandingan pemimpin baharu seperti Hishammuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin diyakini akan mengembalikan sokongan golongan muda kepada parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN