Mexico tahu rahsia Jerman - Utusan Malaysia

Mexico tahu rahsia Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO – Pemain pertahanan Mexico, Carlos Salcedo percaya El Tri mampu membuka tirai saingan Piala Dunia 2018 dengan baik pada 17 Jun ketika berdepan Jerman sekiranya mereka tidak memberi ruang kepada juara bertahan tersebut menguasai permainan di Stadium Luzhniki, Moscow.

Pemain berusia 24 tahun itu percaya Jerman mempunyai corak permainan yang baik, namun tetap percaya persediaan dan keadaan semasa Mexico kini mampu untuk menyekat kemaraan skuad kendalian Joachim Low tersebut.

“Jerman merupakan sebuah pa­sukan yang tidak selesa ketika menerima tekanan daripada pihak lawan dan itulah yang bakal kami lakukan supaya mereka tidak mem­­punyai ruang untuk mara.

“Tidak memberikan mereka peluang adalah satu perkara yang penting seperti apa yang diinginkan jurulatih, manakala kami mempunyai fizikal yang baik,” kata Salcedo.

Salcedo juga percaya pasukan mampu beraksi secara luar biasa ketika berada di bawah Juan Carlos Osorio sekiranya pengendali kelahiran Colombia tersebut melakukan sistem penggiliran yang baik pada skuad utama.

“Saya melihat pasukan kali ini le­bih sempurna kerana ramai pemain beraksi di Eropah.

“Dalam aksi Piala Dunia, saya percaya jurulatih mengambil masa untuk merancang taktikal yang baik bagi berdepan pihak lawan serta mengambil kira pemainnya yang pernah bermain bersama kelab.

“Ia sangat penting untuk menurunkan pemain yang benar bersedia supaya pasukan tidak tercicir sebarang mata,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN