Mesir buka pintu sempadan Gaza - Utusan Malaysia

Mesir buka pintu sempadan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH – Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi membuat keputusan luar biasa membuka laluan antara Rafah dengan Gaza selama sebulan bagi membolehkan rakyat Pa­lestin menyeberang sempadan sepanjang Ramadan ini.

Keputusan untuk membuka laluan itu dibuat ‘bagi mengurangkan penderitaan’ penduduk di wilayah Palestin, kata Sisi di Facebook semalam.

Persimpangan Rafah merupakan satu-satunya pintu yang menghubungkan Gaza kepada dunia luar yang tidak dikawal oleh Israel, tetapi Mesir telah menutupnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini atas alasan ancaman keselamatan.

Biasanya pintu sempadan dibuka beberapa puluh hari dalam setahun dan tempoh lanjutan seperti ini jarang berlaku.

Pengumuman Sisi itu dibuat selepas kira-kira 60 rakyat Palestin terbunuh akibat ditembak tentera Israel di sempadan Gaza pada awal minggu ini, dengan mangsa korban digambarkan oleh Kementerian Luar Mesir sebagai ‘syahid’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×