RAKYAT negeri Melaka telah terbahagi kepada dua kelompok selepas peristiwa pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Kedua-dua kumpulan itu terdiri daripada para penyokong Tuah yang menganggapnya sebagai wira kerana membela sultan, manakala para pengikut Jebat melihatnya sebagai pahlawan sejati yang berani menyuarakan kebenaran. Namun, cara Jebat menyuarakan kebenaran tersebut bertentangan dengan undang-undang yang diamalkan di Melaka. Walau apa pun pandangan oleh para penyokongnya, Jebat tetap dianggap sebagai penderhaka dan…










