Menu istimewa setiap negeri - Utusan Malaysia

Menu istimewa setiap negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MESKIPUN berada jauh dari kampung halaman, orang ramai masih berpeluang menikmati sajian tempat kelahiran mereka jika berbuka puasa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menu Ramadan pada tahun ini membawakan aneka sajian tradisional kegemaran ramai antaranya sup urat kaki dan tetel dari Perlis serta udang goreng keriuk-keriuk minyak dari Kelantan.

Selain itu, tidak ketinggalan sajian yang popular dari Sabah iaitu ayam olek-olek bumbu cekur dan nasi dagang tulang rusuk kerutup bakar dari Terengganu.

Cef Eksekutif KLCC, Hisham Jaafar berkata, untuk benar-benar mendapatkan resipi istimewa dari negeri-negeri yang ada dalam Malaysia, pasukan kulinarinya telah merantau ke seluruh pelusuk tempat bagi mengkaji menu yang akan disajikan pada Ramadan ini.

Katanya lagi, mereka mengambil masa selama tiga bulan untuk menyenaraikan makanan yang benar-benar istimewa untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Bagi proses memasak dan merasai pula, pihaknya mengambil masa sebulan bagi memastikan menu yang disediakan menepati hidangan asli bagi setiap negeri.

Sementara itu, Cef De Cusine KLCC, Mohd. Noor Musa pula berkata, selain sajian bufet, orang ramai boleh menikmati makanan kegemaran tempatan yang akan dimasak berdasarkan permintaan seperti kuetiau goreng Pulau Pinang dan nasi ayam Hainan.

Tidak dilupakan juga, makanan wajib pada sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri seperti sate, bubur lambuk, kuah kacang, nasi impit, ketupat, rendang serta lemang turut disajikan.

Tambah Mohd. Noor, pihaknya turut menyediakan makanan bergoreng seperti pisang, cempedak, keladi, sukun, keropok lekor dan pelbagai kudapan yang lain.

Akhir sekali, tidak lengkap juadah berbuka tanpa stesen manisan seperti air batu campur, agar-agar cendol, bubur jagung, tapai pulut dan buah-buahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN