KANGAR – Ikon Perlis, mempelam harumanis mendapat sambutan hangat daripada rakyat Singapura apabila lebih lima tan buah tersebut telah terjual di negara itu setakat ini. Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, berdasarkan respon positif itu, beliau menyasarkan 12 tan metrik mempelam harumanis terjual di negara itu. “Ramai rakyat Singapura yang mengatakan mempelam ini (harumanis) mempunyai kelainan tersendiri kerana bau yang harum, rasanya yang manis dan sedap…










