DALAM kedinginan pagi selepas suhu mencecah 0 darjah Celsius, penulis bersama rakan-rakan dari Malaysia meninggalkan hotel di Kyoto untuk menuju ke Tokyo, Jepun dengan kereta api. Bagaimanapun, tren yang dinaiki tidak sama dengan tren biasa. Ia dikenali sebagai Shinkansen atau tren berkelajuan tinggi yang turut dikenali sebagai bullet train versi Jepun. Sebaik sahaja sampai di stesen bas yang terletak berhadapan pintu masuk utara Stesen Kereta Api Kyoto, berdepan jalan Karasuma,…










