MEKAH 14 Mei – Semua organisasi kerajaan dan swasta sudah bersiap sedia untuk menyambut jemaah yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan ini. Saudi Gazette yang memetik Emir Mekah, Putera Khaled Al-Faisal melaporkan, barisan pentadbiran bandar raya ini bersedia untuk menempatkan semua tenaga kerja, bantuan kewangan dan sumber teknikal bagi memastikan para jemaah dapat melakukan umrah dengan lancar serta tenang. Jelasnya, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah mengeluarkan arahan…










