MCA tubuh dua jawatankuasa untuk transformasi - Utusan Malaysia

MCA tubuh dua jawatankuasa untuk transformasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anggota Jawatankuasa Pusat MCA bersetuju untuk menubuhkan dua jawatankuasa dalam usaha melakukan pembaharuan dan transformasi parti untuk menjadi lebih baik,” kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, dua jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Parti dan Jawatankuasa Pembaharuan.

“Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Parti akan dipengerusikan Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan, ia telah dipertangggungjawabkan untuk segera menjalankan proses perlu bagi  pemilihan parti MCA,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di Ibu Pejabat  MCA di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Jawatankuasa Pembaharuan yang dipengerusikan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong akan termasuk Biro Penganjur, Biro Publisiti. Biro Pendidikan Politik, Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Polisi (INSAP), Pemuda MCA dan Wanita MCA. 

“Jawatankuasa Pembaharuan ini akan meneliti garis politik MCA dan menerokai pelbagai syor, seperti mentransformasikan MCA sebagai parti politik pelbagai kaum dan banyak lagi. MCA menghormati keputusan pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) . – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN