MCA komited untuk berubah - Utusan Malaysia

MCA komited untuk berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei- MCA menyatakan kesungguhannya untuk melakukan perubahan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi merombak semua sayap parti, biro serta hala tuju parti pada masa akan datang.

Katanya, langkah itu selari dengan pemilihan parti yang akan diadakan tahun ini bagi melantik pucuk pimpinan yang baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jawatankuasa ini akan merombak dari segi kedudukan Presiden, Pemuda, Wanita sehinggalah ke peringkat akar umbi selain mempertimbangkan cadangan pelbagai pihak untuk mengubah MCA menjadi parti yang berbilang kaum.

Jadi kita harapkan masa depan lebih baik untuk MCA, apa-apa pelaksanaan kerajaan yang bagus kita bagi sokongan dan kalau yang tak baik kita betulkan,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN