SEREMBAN 13 Mei – Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan semua peralatan yang dibawa keluar dari balai raya, pejabat Kemas dan pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) dipulangkan serta-merta. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, pihaknya menerima aduan barangan seperti kerusi, meja dan penghawa dingin telah dibawa keluar oleh pihak tertentu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rabu lalu. Katanya, kejadian itu dilaporkan berlaku di beberapa tempat di Labu, Ampangan, Seremban Jaya, Port…










