KLUANG 24 Mei – Para pelanggan sebuah restoran di Jalan Aziz Awab di sini lari bertempiaran apabila sekumpulan empat lelaki tidak dikenali tiba-tiba menyerang seorang mangsa yang sedang minum di Kluang Baru di sini semalam. Drama pembunuhan pada pukul 10.26 malam itu dipercayai bermula apabila salah seorang suspek yang bersenjatakan parang terus menetak leher lelaki tersebut dari arah belakang. Mangsa, Beh Lee Ming, 44, yang sedang minum bersama-sama rakannya sempat…










