Mat Sabu sudah guna Twitter - Utusan Malaysia

Mat Sabu sudah guna Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Mei – Presiden PAN, Mohamad Sabu yang diumumkan sebagai Menteri Pertahanan telah melengkapkan jaringan komunikasinya menggunakan media sosial menerusi platform Twitter, Instagram dan Facebook.

Beliau menggunakan Twitter dengan nama akaun @MSabu_Official, akaun Facebook pula ‘Mohamad Sabu’ dan akaun Instagram: msabu_official.

“Kami mendapati terdapat beberapa akaun yang hampir sama didaftarkan menggunakan nama Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Sabu sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

“Pihak kami ingin menegaskan bahawa selain daripada akaun seperti dinyatakan di atas temasuk yang sedang tular ketika ini, adalah bukan akaun di bawah seliaan pihak kami,” kata satu kenyataan di laman Facebook Mohamad Sabu, hari ini.

Kenyataan berkenaan turut dikongsi laman facebook Kementerian Pertahanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN