KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hadir majlis berbuka puasa bersama kira-kira 2,000 warga Angkatan Tentera Malaysia di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak di sini hari ini. Ketibaan Mohamad dan isteri, Normah Alwi disambut Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Majlis tersebut merupakan acara rasmi pertama yang dihadiri…











