Mat Sabu anggap mandat sebagai Menteri Pertahanan satu cabaran besar - Utusan Malaysia

Mat Sabu anggap mandat sebagai Menteri Pertahanan satu cabaran besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau ‘Mat Sabu’  yang diumumkan sebagai Menteri Pertahanan hari ini, menganggap mandat yang diberikan kepadanya itu sebagai satu cabaran besar.

Mohamad yang ditemui selepas sidang akhbar pengumuman menteri kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau sudah mempunyai perancangan awal bagi pengurusan dan pentadbiran kementerian itu.

“Ini satu cabaran yang besar kepada saya, namun, saya akan membuat kajian awal serta mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin kanan kementerian ini.

“Saya ingin tahu apa yang berlaku dalam kementerian ini dan perkara yang perlu dilakukan serta cadangan yang bakal dikemukakan.” katanya kepada pemberita selepas tamat sidang akhbar berkenaan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menara Yayasan Selangor, dekat sini .

Dalam sidang akhbar berkenaan, Mahathir turut menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri.

Mengulas lanjut, Mohamad antara lain turut mahu meneliti semua laporan berkaitan tanah-tanah milik angkatan tentera yang didakwa sudah tergadai.
“Saya akan cuba dapatkan laporan berhubung tanah-tanah angkatan tentera yang dikatakan tergadai. Saya akan meneliti perkara itu,” tambahnya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×