KOTA BHARU – Petronas Dagangan Sdn. Bhd. (PDSB) hari ini memperluaskan jaringan program Air Untuk Kehidupan ke Kampung Simpang Tiga, Pengkalan Chepa dalam usaha untuk memastikan masyarakat di sekitar kawasan operasi Petronas mendapat perkhidmatan air bersih. Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran Petronas, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, program berkenaan merupakan salah satu daripada program di bawah tanggungjawab sosial syarikat. Beliau berkata, menerusi program ini, PDSB bersama…










