BELI-BELAH. 32 anak yatim dari kariah Masjid Jamek Pekan Kodiang, Kubang Pasu berpeluang membeli pakaian untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri di gedung Jakel, Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Imam Masjid Jamek Pekan Kodiang, Fauzi Othman berkata, sumbangan sempena program menyantuni anak-anak yatim itu bertujuan menggembirakan kanak-kanak tersebut menjelang hari lebaran tidak lama lagi. “Anak-anak yatim berusia antara enam hingga 15 tahun tersebut gembira apabila mereka dapat memilih sendiri pakaian yang ingin dipakai pada 1 Syawal nanti,” katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya