Martial, Lacazette gagal pikat Deschamps - Utusan Malaysia

Martial, Lacazette gagal pikat Deschamps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 18 Mei- Pengendali Perancis Didier Deschamps membuat keputusan mengejut apabila mengetepikan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Anthony Martial dan Alexandre Lacazette, termasuk Dimitri Payet, Adrien Rabiot dan Kingsley Coman dalam skuad bimbingannya ke Piala Dunia 2018.

Bagaimanapun Martial, Lacazette, Coman dan Rabiot diletakkan dalam senarai simpanan.

Namun Payet yang mengalami kecederaan ketika menentang Atletico Madrid dalam final Liga Europa di Lyon, semalam hampir pasti diketepikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny turut tersisih akibat kecederaan manakala Steven N’Zonzi, Benjamin Pavard dan Lucas Hernandez antara pilihan mengejut yang dibuat Deschamps.

Memiliki ramai pilihan di bahagian serangan, Deschamps lebih meminati menggunakan khidmat bintang Ligue 1, Florian Thauvin dan Nabil Fekir, berbanding Martial dan Lacazette.

Perancis akan membuka kempen Piala Dunia menentang Australia sebelum menghadapi Peru dan Denmark dalam aksi Kumpulan C. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN