Di sini aku dilahirkan membesar menyedut angin segar berpuput dari Laut Cina Selatan dimesrai lembut suria pagi tetap menyinari saban hari diusapi lembayung jingga petang sunyi. Marang di sini aku mengenali keindahan erti cabaran dan kesabaran menyebati nurani dan urat nadi jerih para nelayan menyanggah gelombang tangis anak-anak mereka bila tengkujuh datang lantaran tiada apa untuk dimakan. Marang bumi pesona pariwisata anugerah Tuhan Maha Esa keindahannya tak terbandingkan. Walaupun jauh…










