KEMENANGAN Pakatan Harapan dengan mandat lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelmarin bermakna kerajaan negeri Pulau Pinang kelak juga memikul amanat lebih besar kepada rakyat. Selain janji-janji dalam manifesto Pakatan Harapan yang pastinya akan ditagih rakyat untuk dilaksanakan, beberapa isu berbangkit di negeri ini juga perlu diselesaikan segera. Antaranya masalah banjir kilat yang terus menghantui penduduk setiap kali hujan lebat. Dalam beberapa kejadian banjir itu sebelum ini, penduduk…










