SKUAD badminton lelaki negara menepis pandangan sebelah mata yang dilabel kepada mereka apabila mematahkan langkah kesemua pemain Rusia untuk menang 5-0 pada aksi pertama Kumpulan D Piala Thomas di Arena Impact, Bangkok, Thailand semalam. Langkah kanan dimulakan oleh kapten pasukan, Datuk Lee Chong Wei yang mengutip mata pertama setelah merealisasikan mimpi ngeri yang diramalkan oleh Vladimir Malkov dengan kemenangan 21-9, 21-6. Mata kedua dikutip gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang terpaksa berhempas pulas sebelum menundukkan pasangan Rusia, Vladimir Ivanov dan Ivan Sozonov 21-18, 21-19. Rentak cemerlang diteruskan pemain perseorangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya