KUALA LUMPUR 17 Mei – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan bahawa mereka ingin membuat tawaran supaya Malaysia terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022 selain telah menerima tawaran Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) bagi menganjurkan kejohanan Hoki Siri Final pada Jun 2019 di Kuala Lumpur. Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, kesediaan MHC untuk mendapatkan hak penganjuran Piala Dunia 2022 daripada FIH adalah disebabkan Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik bagi…










