Mahdzir melawat Najib - Utusan Malaysia

Mahdzir melawat Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilihat tiba di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini sekitar pukul 10.45 pagi tadi.

Ahli Parlimen Padang Terap itu sempat melambai tangan kepada kumpulan media yang menegurnya sewaktu beliau berjalan masuk ke kediaman peribadi  Najib itu.

Setakat ini, laluan keluar masuk ke kediaman Najib terus menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang masih setia menunggu perkembangan terkini susulan siasatan yang dijalankan pihak polis. 

Polis malam tadi yang menggeledah tiga buah kondominium milik seorang Tan Sri di Pavilion Residences, Bukit Bintang telah membawa keluar 284 kotak dan 72 bagasi  berisi wang tunai.

Turut disita barang berharga lain termasuk barang kemas dipercayai berkaitan siasatan kes 1MDB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×