MADRID 21 Mei – Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane berkata mereka sudah bersedia untuk bertarung dengan Liverpool dalam final Liga Juara-Juara (UCL) walaupun sekadar seri 2-2 di Villarreal. Madrid menutup musim La Liga dengan berkongsi mata dengan Villarreal, untuk perlawanan ke-38 di El Madrigal, awal pagi tadi sekali gus menamatkan saingan di tangga ketiga. Jaringan Bale dan Cristiano Ronaldo meletakkan Madrid di depan namun kelebihan pelawat itu berjaya disamakan pasukan…