SEREMBAN 29 Mei – Cita-cita untuk melihat perubahan ketara dalam pembangunan di negeri ini dijangka terjejas berikutan pembatalan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) oleh kerajaan Pakatan Harapan. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana, pembinaan rangkaian pengangkutan awam canggih dan komprehensif itu secara tidak langsung diharap melonjakkan kedudukan negeri ini sebagai hab Greater KL yang moden dan canggih. “Malang sekali bagi Negeri Sembilan apabila…










