Liverpool layak ke Liga Juara-Juara - Utusan Malaysia

Liverpool layak ke Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 13 Mei – Liverpool berjaya mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara pada musim depan apabila menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan keempat setelah menewaskan Brighton 4-0 sebentar tadi.

Keempat-empat gol tersebut dijaringkan oleh Mohamed Salah pada minit-26, Dejan Lovren minit ke-40, Dominic Solanke minit ke-53 dan Andrew Robertson minit ke-85.

Chelsea yang merupakan pencabar Liverpool terpaksa berpuas hati untuk berada di kedudukan kelima selepas dibelasah 3-0 oleh Newcastle.

Selepas ini, Liverpool boleh mengalihkan tumpuan mereka terhadap aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada 26 Mei ini di Kyiv, Ukraine. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×