LIVERPOOL 13 Mei – Liverpool berjaya mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara pada musim depan apabila menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan keempat setelah menewaskan Brighton 4-0 sebentar tadi. Keempat-empat gol tersebut dijaringkan oleh Mohamed Salah pada minit-26, Dejan Lovren minit ke-40, Dominic Solanke minit ke-53 dan Andrew Robertson minit ke-85. Chelsea yang merupakan pencabar Liverpool terpaksa berpuas hati untuk berada di kedudukan kelima selepas dibelasah 3-0 oleh Newcastle.…










