Liverpool belum bida Fekir - Utusan Malaysia

Liverpool belum bida Fekir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LYON – Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas mendakwa, Liverpool masih belum melakukan sebarang bidaan untuk pemain tengah mereka, Nabil Fekir.

Bagaimanapun, Aulas memberikan amaran kepada mana-mana pasukan bahawa mereka harus membuat bidaan lumayan jika berhajat mendapatkan khidmat pemainnya itu.

Pemain antarabangsa Perancis itu kini dilaporkan bernilai sekitar £60 juta (RM321 juta), namun harganya mungkin akan meningkat ekoran persembahan positif yang dipamerkan pada penghujung musim dan pada aksi Piala Dunia nanti.

Liverpool dilaporkan mengetuai perlumbaan untuk mendapatkan Fekir tetapi Aulas menegaskan, mereka masih belum menerima bidaan rasmi daripada mana-mana kelab.

“Masih belum ada hubungan de-ngan Liverpool atau mana-mana kelab, jadi kami tidak membincangkan mengenai masa depan Fekir.

“Saya kenal Fekir dan kini kami telah layak ke Liga Juara-Juara musim depan. Mungkin dia akan terus kekal, jadi kami akan berbincang secara tenang.

“Buat masa ini, tiada (tawaran) berlaku. Kelab berkenaan perlu memiliki dana yang besar untuk menandatangani Fekir pada tahun ini,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN