Lima Ketua Pemuda UMNO ikut jejak Jamawi sertai Warisan - Utusan Malaysia

Lima Ketua Pemuda UMNO ikut jejak Jamawi sertai Warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Lima lagi Ketua Pemuda Umno Bahagian Sabah mengumumkan keluar parti untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) di sini hari ini.

Lima individu terbabit terdiri daripada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau, Ariffin Kassim; Halim Gulam Sidek (Silam), Nik Mohd. Nazdri (Keningau), Ramlan Awal (Sepanggar) dan Jehan Osman Ongkomog (Pensiangan).

Keputusan tersebut dilakukan sehari selepas Ketua Pemuda UMNO Tenom merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar menzahirkan sokongan kepada Warisan.

Menurut Jamawi, tindakan beliau bersama lima Ketua Pemuda UMNO itu menyertai parti di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bukan paksaan.

“Semalam secara serta-merta saya meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Tenom dan Ketua Pemuda UMNO Melalap 2.

“Keputusan kami menyertai Warisan tidak dilakukan secara terburu-terburu sebaliknya dicapai selepas mengambil kira kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik Sabah dalam tempoh berpanjangan,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan Jamawi bertindak menyertai Warisan demi kelangsungan politik Sabah yang terbaik dan masa depan rakyat serta negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×