KUALA LUMPUR 30 Mei – Kegagalan skuad badminton negara dalam kejohanan Piala Thomas minggu lalu bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan sebaliknya perlu dilihat daripada sudut positif. Bekas ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek berkata, kebanyakan pemain yang menyertai kejohanan dwitahunan itu adalah pemain muda dan mampu menyerlah pada masa akan datang. Katanya, pemain muda seperti Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Aaron Chia yang dibawa ke Bangkok pastinya memperoleh…










