KUALA LUMPUR 27 Mei – Kedah memusnahkan impian Selangor untuk mengutip mata penuh di laman sendiri selepas tewas 1-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. Skuad pelawat berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi tandukan mudah Baddrol Bakhtiar selepas menerima lambungan cantik daripada Mohd. Syazwan Zainon dari sebelah kiri pasukan tuan rumah. Bersambung babak kedua, skuad Lang Merah menambah jaringan sekali lagi…










