PAHOA, Hawaii; Satu letupan besar dari gunung berapi Kilauea di Hawaii kelmarin menandakan permulaan letusan lebih kuat dan ganas yang boleh menghamburkan batu dan debu sejauh beberapa kilometer dan mengakibatkan bandar-bandar berdekatan dilitupi abu vulkanik dan jerebu, kata Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Kilauea yang merupakan gunung berapi paling aktif di Hawaii meletus pada Khamis lalu, manakala satu gempa bumi kuat menggegarkan kawahnya pada keesokan harinya. Aliran lahar daripada rekahan-rekahan…










