MELAKA 31 Mei – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah membuat pemeriksaan terhadap 1,112 premis makanan di tapak bazaar Ramadan di seluruh negeri ini setakat semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong berkata, pemeriksaan juga dijalankan terhadap 15 buah hotel yang menawarkan bufet Ramadan, sembilan premis pembekal bahan mentah, dua restoran dan empat kilang ais. “Selain pemeriksaan premis makanan, sebanyak 19 sampel makanan telah diambil dan…