Laman Informasi Malaysia Kini mohon maaf kepada Pengerusi SPR - Utusan Malaysia

Laman Informasi Malaysia Kini mohon maaf kepada Pengerusi SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 19 Mei – Pemilik laman Facebook Informasi Malaysia Kini dan Amboi Media Network hari ini menyatakan permohonan maaf kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah ekoran penyebaran maklumat tidak benar berhubung beliau baru-baru ini.

Pengendali laman berkenaan dalam satu kenyataan berkata, penyiaran video serta gambar terbabit adalah tidak beretika selain menimbulkan ancaman keselamatan terhadap Mohd. Hashim.

“Kami telah memberi peringatan kepada semua editor kami untuk sentiasa peka dan sensitif dalam setiap sumber maklumat yang kami perolehi dan artikel, video serta rancangan yang diterbitkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak kami juga akan membuat peraturan dan kajian semula terhadap kaedah kerja operasi kami bagi mengelakkan kejadian ini berulang kembali. Kejadian yang telah berlaku ini memberi pengajaran kepada kami untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling,” katanya.

Kelmarin, laman-laman tersebut telah menyebarkan maklumat tidak benar menunjukkan video dan wajah seorang lelaki mirip Mohd. Hashim yang kononnya beliau telah hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta telah mengeluarkan kenyataan kasar terhadap wartawan.

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan menambah, pihak pengendali laman-laman tersebut amat menghormati Mohd. Hashim serta anak dan keluarga beliau.

“Dengan itu, kami sekali lagi dengan rendah diri ingin memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN