MERBOK 29 Mei – Kira-kira 40 peserta, termasuk imam, bilal dan pelajar tahfiz di sekitar daerah Kuala Muda dipilih menyertai Kursus Taranum al-Quran 2018 yang berlangsung di Bilik Seminar dan Kaunseling Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah, Merbok, Kedah di sini, baru-baru ini. Ini merupakan kali pertama Bahagian Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Kedah menganjurkan kursus itu dan mendapat sokongan Penolong Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Mohd. Nazif Zakaria.…











