KUALA LUMPUR 17 Mei – Penjaga gol skuad kebangsaan, S. Kumar diberikan kepercayaan untuk beraksi bersama skuad Malaysian Tigers dalam Siri Jelajah Argentina pada 25 Mei hingga 2 Jun ini. Kumar yang telah bebas daripada hukuman pengantungan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) pada 15 April lalu akibat isu positif doping sewaktu Kejohanan Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh kini berada dalam senarai 20 pemain ke Argentina. Ketua jurulatih skuad kebangsaan,…










