Kui Hian bekerja seperti biasa - Utusan Malaysia

Kui Hian bekerja seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 10 Mei – Gagal memenangi kerusi Parlimen Stampin tidak mematahkan semangat Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Prof. Datuk Sim Kui Hian untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat yang terbaik kepada masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri ini, kembali bertugas di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, seperti biasa pada hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berbeza dengan Semenanjung, Sarawak merupakan hari bekerja pada hari ini dan esok setelah kerajaan negeri mengumumkan bahawa cuti umum tambahan untuk negeri ini diisytiharkan pada 17 dan 18 Mei minggu depan.

Kui Hian yang merupakan pengguna aktif Facebook turut memuat naik status bersama gambarnya berada di pejabat.

“Kembali bekerja ke Kementerian @ Wisma Bapa Malaysia.

“Sepenuhnya menghormati pilihan Rakyat untuk GE14 (Pilihan Raya Umum Ke14).

“Tahniah tahniah kepada semua yang baharu dan dipilih semula YB (Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia) dari Sarawak. Hak Sarawak yang termaktub dalam MA63 (perjanjian Malaysia 1963) ada di tangan anda.

“Saya ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang mengundi saya, yang mengundi SUPP-BN Sarawak. Mari kita tetap komited dalam perjuangan kita untuk Sarawak,” demikian tulisnya dalam status yang dimuat naik di akaun media sosialnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×