PERDANA Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menunggu lama untuk bertindak selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini dengan melakukan beberapa perubahan drastik. Selepas mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bercuti berkuat kuasa serta-merta, beliau turut memendekkan kontrak Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah. Selain itu, siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) melibatkan bekas Perdana…










