SEOUL 25 Mei – Korea Utara hari ini mendakwa, pintu masih terbuka untuk rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump membatalkan persidangan antara kedua-dua negara semalam sekali gus meletakkan semenanjung Korea dalam keadaan tidak menentu sekali lagi. Naib Menteri Luar Pertama Korea Utara, Kim Kye-gwan menyifatkan keputusan Trump itu tidak dijangka dan amat dikesali namun beliau mendakwa pintu masih terbuka untuk proses diplomasi selanjutnya. “Kami sekali lagi menyatakan…










