Kopi Wonda perkenal varian baharu sempena Piala Dunia 2018 - Utusan Malaysia

Kopi Wonda perkenal varian baharu sempena Piala Dunia 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Wonda Kopi memperkenalkan varian baharu edisi terhad iaitu Wonda 100% Arabica Peruvian Coffee, Colombian Coffee dan Brazi­lian Coffee bersempena dengan musim Piala Dunia FIFA 2018.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., T. S. Santharuban ber­kata, pada masa yang sama, Kopi Wonda turut melancarkan pera­du­an eksklusif dengan kerjasama Kedai Mesra Petronas selain turut menawarkan promosi istimewa dengan Shell Select dan 7-Eleven.

Katanya, penggemar kopi boleh mendapatkan Wonda 100% Arabica Peruvian Coffee secara eksklusif di Kedai Mesra Petronas manakala dua varian lain iaitu Wonda 100% Colombian Coffee boleh didapati di Shell Select manakala Wonda 100% Brazilian Coffee di 7-Eleven.

“Bagi pembelian di Shell Select, kami menawarkan tawaran pembelian sebotol Kopi Susu Wonda atau Mochaccina Wonda 340 mililiter (ml) pada harga RM1 dengan pembelian dua tin Kopi Wonda 240ml bermula dari 16 Mei hingga 15 Julai 2018.

“Sementara itu 7-Eleven pula menawarkan harga promosi seba­nyak RM2.30 bagi semua vari­an Kopi Wonda termasuk Wonda 100% Brazilian Coffee bermula dari 29 Mei hingga 27 Julai 2018,” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Santharuban, para pelanggan juga boleh menyertai pertandingan khidmat pesanan ringkas (SMS) eksklusif dari 15 Mei hingga 15 Julai 2018 yang menawarkan hadiah berupa bahan api percuma bernilai RM1,000 setiap hari.

“Sejumlah RM62,000 bahan api percuma ditawarkan bagi semua penggemar Kopi Wonda, mereka hanya perlu membeli dua tin Kopi Wonda 240ml di kedai-kedai Petronas yang mengambil bahagian di seluruh negara dan mengisi butir-butir penyertaan kepada nombor yang diberikan melalui SMS,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×