KJ dakwa kenyataan dimanipulasi - Utusan Malaysia

KJ dakwa kenyataan dimanipulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Pihak media diminta supaya tidak menerbitkan artikel dari vharian.blogspot.my bertajuk `Memang Ada Petanda Najib Menyeleweng – KJ Akhirnya Pecah Rahsia 1MDB’ kerana maklumatnya telah dimanipulasi.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, beliau menafikan sekeras-sekerasnya laporan tersebut kerana bersifat fitnah dan dilihat cuba melaga-lagakan dirinya dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegasnya, beliau sama sekali tidak pernah berkata sedemikian sebaliknya kenyataan asal kepada Channel News Asia (CNA) telah dimanipulasi oleh portal berkenaan.

“Dalam temubual dengan CNA beberapa hari lalu, saya ada menyebut bahawa seluruh kepemimpinan dan ahli UMNO serta BN telah terkhilaf dengan tindakan kami yang gagal menasihati Najib tentang penolakan rakyat terhadap gagasan politik yang diketuai beliau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Itulah petanda penolakan yang saya maksudkan, dan tidak pernah sesekali saya mengatakan bahawa saya telah nampak penyelewengan dalam hal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti tajuk berita portal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×