Ketua Setiausaha kementerian tinggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana - Utusan Malaysia

Ketua Setiausaha kementerian tinggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Mei – Semua Ketua Setiausaha kementerian yang hadir bagi mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini bermula pukul 11.15 pagi hari ini.

Mereka hadir bagi membincangkan mengenai hala tuju setiap kementerian selepas pembentukan kerajaan baharu.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali ketika ditanya enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membuat kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada perjumpaan hari ini tetapi biarlah Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Sementara itu, semua pegawai tinggi kanan kerajaan lain enggan ditemu bual dan hanya melambai tangan ke arah media.-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×