KUALA LUMPUR 14 Mei – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatannya dalam suruhanjaya tersebut pagi ini. Menurut sumber, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) pagi ini. “Betul, Tan Sri Dzulkifli telah menyerahkan surat peletakan jawatan hari ini,” katanya ketika dihubungi. Dzulkifli, 50, dilantik memegang jawatan tertinggi SPRM pada 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan…










