KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur di sini hari ini menetapkan 11 Julai ini bagi mendengar laporan jawatankuasa pendamai (JKP) berhubung jalan penyelesaian kes penceraian antara penyanyi Deja Moss dengan suaminya Azfendy Azzuddin Ahmad. Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Halimatunsa’diah Abu Ahmad yang mewakili Deja selaku defendan selepas prosiding dilakukan secara tertutup dalam kamar Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin. Menurut Halimatunsa’diah, pihaknya memohon satu laporan JKP bagi membolehkan kedua-dua belah…










