KUALA LUMPUR – Kertas cadangan mengenai kaedah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dikemukakan kepada kerajaan dalam tempoh dua minggu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin. Beliau berkata, sistem SST yang akan diperkenalkan semula itu akan mempunyai sedikit pembaharuan untuk menjadikannya lebih cekap dengan matlamat utama untuk menurunkan harga barangan untuk rakyat. Dalam siri kedua temu bual beliau dengan Buletin Utama TV3 hari ini, Daim turut memberi gambaran awal bahawa sistem SST yang akan dinaik taraf itu mampu meraih hasil yang mencukupi untuk menampung kehilangan hasil kutipan…










