SHAH ALAM 29 Mei – Usaha mengurangkan beban kos hidup rakyat tidak harus berada di bawah tanggungjawab kerajaan semata-mata sebaliknya perlu penglibatan daripada semua pihak khususnya golongan peniaga di negara ini. ABU BAKAR YAHYA Demikian ditegaskan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Abu Bakar Yahya apabila menyatakan Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah pun melaksanakan komitmen meringankan beban rakyat menerusi pengumuman penetapan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar…










