Kerajaan wujud Tabung Harapan Malaysia - Utusan Malaysia

Kerajaan wujud Tabung Harapan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Mei – Kesedaran rakyat untuk bersama-sama membantu mengurangkan beban kewangan negara mendorong kerajaan mewujudkan Tabung Harapan Malaysia.

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, orang ramai yang ingin menyalurkan derma atau sumbangan mereka boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank (Malayan Banking Berhad) 566010626452.

“Berdasarkan kepada perkembangan semasa eko­no­mi negara dan keprihatinan rakyat terhadap ke­dudukan hutang ne­­gara, wujud ke­sedaran dalam kala­ngan rakyat Malaysia untuk membantu ke­rajaan.

“Rakyat seca­ra sukarela ingin berkongsi pendapatan mereka dengan menyalurkan derma dan sumbangan ikhlas kepada kerajaan bagi menangani isu tersebut,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Jelas beliau, wang derma itu akan diuruskan secara sistematik dan telus oleh Kementerian Kewa­ngan.

Menurut Guan Eng, derma dan sumbangan yang bo­leh dihulurkan ada­lah dalam bentuk mata wang tempatan (ringgit Malaysia) sahaja.

“Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan segala sumba­ngan ikhlas rakyat Malaysia dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN