Kerajaan Sarawak, BSB tandatangani MoU jalin kerjasama tingkatkan industri madu kelulut - Utusan Malaysia

Kerajaan Sarawak, BSB tandatangani MoU jalin kerjasama tingkatkan industri madu kelulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 22 Mei – Kerajaan Sarawak dan syarikat Borneo Stingless Bee Sdn. Bhd. (BSB) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama memperkukuhkan lagi industri madu kelulut di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, MoU itu merupakan mekanisme untuk melonjakkan keupayaan petani madu kelulut terutama di luar bandar dalam industri berkenaan.

Katanya, usaha itu diharap dapat mewujudkan pendapatan yang baik kepada petani yang sebelum ini lebih tertumpu kepada penanaman lada, kelapa sawit dan getah sering tidak menentu harganya di pasaran.

“Kita perlu bekerjasama syarikat berpengalaman untuk mentransformasikan petani luar bandar agar mampu mendapatkan pendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya berucap dalam Majlis Menandatangani MoU Antara Kerajaan Sarawak dengan BSB di Wisma Bapa Malaysia di sini petang ini.

MoU itu ditandatangani oleh Pemangku Pengarah Pertanian Sarawak, Dr. Alvin Chai Lian Kuet mewakili kerajaan negeri dan Pengarah BSB, Tan Chun Chuang disaksikan Douglas Uggah.

Turut hadir; Menteri Muda Pembangunan Tanah Ada negeri, Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Ik Pahon Joyik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN